3 Metrik Penting Dalam FB Ads Untuk Improve Conversion Rate (%)

Facebook
Twitter
LinkedIn

Cikgu Dzul yakin ramai yang run Facebook Ads hari ini, masih tak tahu atau tidak pandai baca data di dashboard, setuju tak?

Jika anda adalah seorang marketer, 3 formula ini wajib anda tahu.

Selalu formula yang femes disebut adalah ROAS, CPP, CPC dan lain-lain la.
Tapi sebenarnya nak baca data, ada 3 formula pantas yang anda kena create di column ads manager tu.

Create di column ads manager? First time dengar..
Dengar baik-baik dan baca sampai habis 😉

Cikgu Dzul nak kongsikan cara nak create custom data di column ads manager, follow step by step ni baik-baik;

Step 1: Buka ads manager anda dan pergi ke bahagian column, bawah sekali ada customized column. Klik pada customized column tu.

**Rujuk gambar dibawah

Ini adalah contoh default setting pada column ads manager anda.

Step 2: Klik ‘Create Custom Metric’

Okay baik dibahagian ini, Cikgu Dzul akan kongsikan 3 Formula yang anda wajib buat untuk monitor data iklan anda lebih pantas.

Dibahagian Name (Nama metrik seperti 3 formula yang Cikgu Dzul kongsikan ni, Format (Pilih percentage), Formula (sila rujuk pada gambar).

Lepas tu tekan create bila dah siap create formula.

Step 3: Create 3 Custom Metrik

  1. ALL-LINK RATE
    All-Link Rate ni adalah indikator pada struktur ads creative iklan kita. Bagaimana anda nak tahu creative yang anda gunakan adalah bagus dengan kita lihat indikator adalah 50% ke atas.

    Formula untuk create All-Link Rate adalah link click / click alls.

    Indikator yang anda boleh set disini adalah 50% ke atas.

  2. LINK-LPV RATE
    Link-LPV Rate ini adalah satu indikator menunjukkan data tentang ‘Speed’ website anda. Maksudnya berapa ramai orang (traffic) yang masuk ke website anda secara ‘Fully-Load’

    **Fully load bermaksud traffic yang masuk tu tunggu website anda loading sepenuhnya.

    Formula untuk create Link-LPV Rate adalah LPV / link click.

    Indikator bagus yang kita nak lihat adalah sekurangnya 65%-70% ke atas.
    Jika anda dapat data bawah ini, kemungkinan website anda isu, tetapi anda tidak boleh judge data iklan berdasarkan formula ini sahaja.

    Indikator ini adalah untuk bantu anda monitor website (traffic) yang masuk ke website anda adalah okay tanpa ada gangguan isu speed.

  3. PUR-LPV RATE
    Dan yang terakhir adalah PUR-LPV Rate di mana data ini menunjukkan ‘Conversion Rate’ website anda.

    Anda tahu kan website anda adalah ibarat jurujual untuk produk atau servis anda.

    Jadi dengan ada indikator atau formula ini, anda dapat tahu kekuatan website (sales page, landing page, ecommerce) untuk closing traffic yang masuk ke website.

    Formula untuk dapatkan ini adalah Purchase / Landing Page View.

    Jika anda run ads ke sales page (normally anda yang jual produk tiada variation dan dalam bentuk combo) adalah sekitar 8% ke atas.

    Untuk ecommerce pula, standard untuk data ini adalah 3% ke atas.

    Kalau bawah daripada tu?
    Content, flow dan copywriting website anda yang perlu monitor.

Gambar diatas adalah formula untuk ALL-LINK Rate.

Gambar diatas adalah formula untuk LINK-LPV Rate.

Gambar diatas adalah formula untuk PUR-LPV Rate.

Okay lepas anda create jer, anda perlu tick untuk pastikan formula itu ada dalam column ads manager.

Jadi, mudahkan, dengan ada 3 data ni, anda boleh analisis dengan pantas kekuatan kempen iklan anda.

Ada data tentang content iklan dan data tentang website.

Dapat sesuatu? Cuba komen pendapat anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top