Ini tutorial paling mudah faham dan lengkap dari A -Z cara buat facebook page untuk bisnes. Cikgu Dzul dah sediakan tutorial dalam bentuk video dan blog.
Untuk mereka yang lebih selesa dan suka belajar dengan cara membaca, jom kita mula, scroll ke bawah!
Panduan Lengkap Cara Buat Facebook Page Versi Mobile & Computer (Tutorial Berserta Gambar)
Facebook page ni untuk orang yang ada bisnes memang wajib buat kalau nak kembangkan bisnes dan perniagaan lebih jauh.
Ada banyak kelebihan buat Facebook Page bukan sahaja untuk brand dan bisnes yang ingin capai lebih ramai follower, tetapi juga untuk golongan content creator di Facebook. Malangnya, tak semua orang tahu cara buat page FB yang betul.
Apa Itu Facebook Page?
Sesetengah syarikat di malaysia, terutama bisnes SME sekarang lebih guna facebook page daripada buat website sendiri sebab tiada kos yang diperlukan dan alternatif yang baik untuk berhubung dengan pelanggan.
Dengan facebook page anda boleh share aktiviti bisnes di facebook, boleh suruh orang like page, boleh share post dan banyak lagi kelebihan lain.
Dan sesiapa yang dah like facebook page anda, mereka akan ada akses untuk bertanya soalan, bagi comment, dan macam-macam lagi!
Kaedah 1: Menggunakan Mobile
Step 1: Bukak Facebook
Cari apps facebook yang berbentuk ikon “f” dan berwarna biru-putih, buka apps facebook dan anda akan terus masuk ke halaman news feed.
Untuk orang yang baru dowloand apps facebook, anda kena log masuk dulu. Masukkan alamat emel atau nombor telefon dan kata laluan untuk log masuk.

Step 2: Tekan Tab ‘Menu’
Klik butang tiga garis mendatar di bahagian sudut kanan bawah untuk Iphone dan sudut kanan atas untuk Android.

Step 3: Skroll & Klik Button ‘Page’
Cari button (page) kat bawah bahagian menu. Kalau anda dah ada page sebelum ni, klik je pada gambar page.

Step 4: Klik Button ‘Create’
Klik button page di bahagian sudut kiri atas, kemudian maklumat tentang facebook page akan automatik keluar.

Step 5: Klik Button ‘Get Started’ Bewarna Biru
Klik button get started bewarna biru yang akan keluar di bahagian bawah skrin anda.

Step 6: Pilih 3 Kategori
Pilih 3 kategori dan tekan button next. Pilih kategori yang mengambarkan jenis facebook page anda tentang apa. Contohnya, kalau anda seorang pelakon, cari dan pilih kategori “pelakon” di bahagian carian.

Step 7: Namakan Page
Letak nama untuk page anda dan klik button next. Nama facebook page mestilah sama dengan nama syarikat, jenama, atau bisnes anda.

Step 8: Masukkan Maklumat Website
Masukkan URL website anda dan klik button next. Kalau anda takde website, boleh klik button “Saya Tiada Website” di bahagian bawah dan biarkan ruang tu kosong.
Maklumat website di facebook page adalah pilihan, tapi ia boleh membantu untuk meningkatkan branding facebook page anda, lebih-lebih lagi kalau anda buat facebook page untuk perniagaan, produk, perkhidmatan yang serupa.

Step 9: Setup Profile & Cover Photo
Gambar profile kalau boleh letak gambar diri sendiri atau logo syarikat anda sendiri, dan untuk gambar cover photo boleh letak apa-apa sahaja gambar yang anda rasa sesuai untuk diletakkan di bahagian ruang besar di atas gambar profile. Cara untuk letak gambar:
- Klik “Add Profile Picture”, pilih gambar yang nak pakai dan edit jika perlu. Bila dah siap, klik “Use”
- Klik “Add Cover Photo”, pilih gambar yang anda nak pakai dan klik “Done”. Kemudian, drag gambar tadi untuk selaraskan dengan ruang dimensi yang ada.
- Klik “Save” untuk tengok preview gambar profile dan cover photo yang anda dah buat tadi.

Step 10: Tekan Button Next & Ikut Arahan
Lepas tekan button next facebook akan suruh anda invite friends untuk like page, buat posting pertama, dan tambah button di page untuk memudahkan orang interact dengan page anda. Kemudian bila dah siap, tekan je di mana-mana ruang kosong untuk tutup.
- Klik button gear di sudut kanan atas untuk masuk ke page setting. Kat sini anda boleh edit page info, message setting, tambah lokasi, dan banyak lagi.
- Scroll ke bawah page anda sedikit untuk keluarkan bar navigasi, tempat terletaknya untuk anda uruskan home, groups, events, tambah gambar dan lain lain.
- Klik “Create A Post” untuk buat post pertama.

Kaedah 2: Menggunakan Computer
Step 1: Login Facebook
Pergi ke https://www.facebook.com/pages/create kalau anda memang dah log in facebook, anda akan automatik pergi ke halaman seperti di dalam gambar, kalau belum sila log in ke facebook dahulu.

Step 2: Setup Info Page
Tulis nama page anda pada bahagian yang disediakan, pastikan nama page anda sama dengan nama organisasi, jenama, atau bisnes anda.

Step 3: Pilih Kategori Bisnes
Letak sekurang kurangnya tiga kategori. Kategori page akan bantu untuk memudahkan orang jumpa page anda. Caranya, klik pada ruang “Category” di sebelah panel kiri dan facebook akan berikan beberapa cadangan pilihan. Anda juga boleh tulis kategori seperti blog, public figure, atau design dan lain-lain.

Step 4: Tulis Description
Tulis description mengenai info produk, services, organisasi, atau brand. Description mestilah tidak melebihi 255 patah perkataan. Kemudian tekan button klik “Create Page”

Step 5: Letak Profile Picture
Pilih gambar mengenai brand, atau bisnes anda. Sebab bila orang search mencari page anda, mereka akan nampak gambar profile dan nama page dahulu, jadi lebih mudah untuk mereka kenal pasti bisnes anda.

Step 6: Letak Cover Photo
Cover photo adalah gambar dalam bentuk yang lebar, akan keluar di bahagian atas page anda. Waktu letak cover photo pastikan drag gambar untuk sesuaikan dengan dimensi yang ada.

Step 7: Save Page Setup Anda
Setelah selesah setup info page, klik button “Save” di bahagian bawah panel sebelah kiri. Segala info dan setup tadi akan di save dan anda akan automatik di bawa ke halaman utama page.
- Klik “Edit Page Info” dalam panel sebelah kiri untuk edit info page, tambah contact information, tambah info lokasi, dan lain-lain sekiranya ada perubahan.
- Klik “Setting” dalam panel sebelah kiri untuk uruskan page visibility, setting message dan lain-lain.

So macam mana senang jer kan cara buat facebook page, buat sambil baring pun boleh siap. Lepasni dah boleh terus run iklan untuk menjual.
Ada soalan? Cuba komen di bawah 🙂