Cara Buat Fb Ads Paling Mudah Faham & Terkini

Facebook
Twitter
LinkedIn

Susah ke nak buat Fb Ads ni? Tak susah pun sebenarnya, cuma kena faham setiap fungsi yang ada.

Bila dah faham setiap fungsi nanti barula boleh mula fikir strategi apa nak guna, teknik apa nak pakai dan lain-lain.

Dalam blog ni saya akan kongsikan secara ringkas cara buat Fb Ads, untuk tutorial yang lebih lengkap dan detail boleh belajar melalui video, boleh tengok sendiri:

Untuk anda yang lebih selesa belajar dengan membaca, jom kita mula!

Jadi secara asasnya untuk mula buat iklan Fb Ads, anda kena buat 8 step ini:

1. Create account Fb Ads Manager 

2. Buat campaign iklan melalui Fb Ads Manager

3. Pilih objektif iklan

4. Pilih target audience

5. Set bajet iklan 

6. Buat posting iklan 

7. Monitor prestasi iklan

1. Create Account Fb Ads Manager

Nak run iklan di fb ads, anda wajib kena ada facebook page dulu (klik sini untuk belajar cara buat facebook business page). Sebab kita kena run iklan menggunakan facebook page dan bukannya guna facebook personal.

Selepas selesai buat facebook page, ikut step ini:

1. Pergi ke https://www.facebook.com/business/tools/ads-manager.

2. Klik button “Go to Ads Manager”

3. Masukkan maklumat anda

4. Masukkan kad untuk payment

5. Save

Lepas dah siap, Ads Manager tu akan jadi tempat kawalan utama untuk kita uruskan iklan.

2. Buat Campaign Iklan Melalui Fb Ads Manager

Bila anda log masuk ke dalam Facebook Ads Manager, anda akan terus masuk ke Performance Dashboard di mana semua campaign, ad sets, dan ads anda akan tersenarai, termasukla iklan lama-lama yang ada sekiranya anda pernah run iklan fb sebelum ini.

Kalau anda tak pernah buat iklan sebelum ni, Performance Dashboard ini akan kosong.

Jadi untuk nak mula buat campaign, ad sets, atau ads baru, pertama sekali anda kena pilih jenis iklan yang anda nak buat dengan klik butang “Create” berwarna hijau di sebelah kiri, seperti yang ditunjukkan gambar di bawah.

3. Pilih Objektif Iklan

Fb Ads pun sama macam platform pengiklanan yang lain, wajib pilih objektif iklan sebagai fokus utama. Sebab tu penting kena tahu fungsi setiap objektif kalau taknak bakar duit.

Dekat Fb Ads ada 11 objektif berbeza untuk dipilih dan setiap objektif mempunyai matlamat yang berbeza, seperti bawa orang ke website, buat pembelian di website, dowloand apps, dan lain lain.

Penting untuk memilih objektif yang betul supaya facebook tahu dan faham apa yang anda inginkan barula dia boleh bantu anda untuk dapatkan result yang anda nak (klik sini untuk fahami setiap fungsi objektif di Fb Ads)

11 pilihan objektif di Fb Ads:

  • Brand Awareness
  • Reach
  • Website Traffic
  • Engagement
  • App Installs
  • Video Views
  • Lead Generation
  • Message
  • Conversion
  • Catalog Sales
  • Store Traffic

4. Pilih Target Audience

Langkah seterusnya adalah untuk setting audience, dekat siapa anda nak iklan anda keluar. Audience ni kita akan set di bahagian ad set bukan di bahagian campaign.

Untuk yang baru pertama kali nak run iklan facebook, korang kena split test tau audience ni, bukannya setting sekali audience terus winning. Kena split test dan ber experiment untuk cari winning audience (klik sini untuk belajar cara cari target audience untuk iklan facebook ads).

Facebook juga ada sediakan tools “Audience Definition” iaitu di sebelah kanan seperti di dalam gambar, tools ini akan bagi anda data forecast traffic mengikut setting audience anda.

Kalau anda ragu-ragu sama ada nak guna audience yang spesifik atau audience yang broad, ingat semula objektif asal anda. Contoh kalau objektif nak tingkatkan traffic website mungkin anda boleh target audience yang lebih spesifik, target orang yang anda tahu diorang mungkin akan berminat dengan produk/servis atau offer iklan anda.

Tapi, sekiranya objektif anda ialah Brand Awareness, anda mungkin boleh guna audience yang lebih broad untuk iklan anda keluar pada seramai mungkin orang.

 

Contoh pilihan targeting audience yang disediakan oleh facebook:

  • Location
  • Age
  • Gender
  • Languages
  • Relationship
  • Education
  • Work
  • Financial
  • Home
  • Ethnic Affinity
  • Generation
  • Parents
  • Politics (U.S. only)
  • Life events
  • Interests
  • Behaviors
  • Connections

Anda juga boleh guna custom audience iaitu target semula database yang ada seperti orang yang pernah dowloand apps dan games anda atau anda juga boleh target orang yang pernah masuk website yang mempunyai facebook pixel anda (pastikan pixel dipasang klik sini untuk belajar).

Strategi ini dipanggil sebagai “Retargeting”, setiap orang yang buat iklan di facebook ads mesti akan guna strategi ni sebab conversion rate lebih tinggi dan tak perlukan bajet yang besar. (klik sini untuk belajar strategi retargeting facebook ads)

5. Set Bajet Iklan

Di facebook ads anda boleh tetapkan bajet iklan secara daily atau lifetime. Contoh perbezaan antara lifetime budget dan daily budget:

  • Daily budget: Kalau anda buat iklan facebook ads dan nak iklan anda jalan setiap hari, daily budget adalah pilihan yang tepat. Dengan memilih daily budget bermaksud sejumlah bajet yang ditetapkan akan dihabiskan dalam masa 24jam. 
  • Lifetime budget: Kalau anda nak iklan anda berjalan pada sesuatu tempoh masa yang spesifik, lifetime budget adalah pilihan yang tepat. Dengan memilih lifetime budget bermaksud Facebook akan mengatur perbelanjaan anda sepanjang tempoh yang anda tetapkan untuk iklan berjalan.

 

Jadual

Pilih sama ada anda nak iklan berjalan serta merta dan berterusan atau nak iklan anda ada tarikh mula dan tamat tertentu. Anda juga boleh set parameter supaya iklan hanya berjalan pada jam dan hari tertentu dalam seminggu.

6. Buat Posting Iklan

Anda nak iklan anda keluar dalam bentuk macam mana? Semuanya bergantung pada objektif asal.

Kalau objektif nak tingkatkan jumlah klik ke website, facebook ads akan mencadangkan pilihan iklan “Clicks To Website Ad”. 

Pilihan iklan “Click To Website Ad” ini dibahagikan kepada dua format: 

  •  Single image
  • Carousels
Maksudnya anda boleh pilih, nak buat posting iklan menggunakan single image atau carousels iaitu guna tiga hingga lima gambar dalam satu posting iklan yang sama.

Contoh iklan single image:

Contoh iklan Carousel:

Dah buat keputusan nak guna jenis posting iklan yang mana? kalau dah, seterusnya anda kena upload gambar yang nak digunakan. Tapi kena ingat setiap gambar yang nak guna tu mestilah mengikut kriteria yang facebook nak. Ini termasuk saiz gambar, teks dalam gambar, jumlah teks yang dibenarkan, dan lain-lain. 

Kriteria yang diperlukan untuk iklan jenis single image:

  • Text: 125 characters
  • Ad headline: 25 characters
  • Image ratio: 1:91:1
  • Image resolution (termasuk CTA): 1080 x 1080 pixels.

Kriteria yang diperlukan untuk iklan jenis carousel:

  • Recommended image size: 1080 x 1080 pixels
  • Image ratio: 1:1
  • Text: 125 characters
  • Headline: 40 characters
  • Link description: 20 characters

Lepas selesai pilih jenis iklan dan upload gambar, facebook akan mintak anda untuk pilih cara macam mana anda nak paparkan iklan anda. Pilihan yang disediakan adalah dalam bentuk Dekstop News Feed, Mobile News Feed, dan Dekstop Right Column.

Ini contoh untuk setiap pilihan:

Dekstop News Feed

Mobile News Feed

Dekstop Right Column

7. Monitor Prestasi Iklan

Bila iklan dah jalan mestilah kita kena monitor performance iklan tu, kalau tak monitor memang sengaje la tu nak sedekah duit dekat facebook haha, tapi apa benda yang nak monitor? metric apa yang nak kena tengok? 

Berikut adalah beberapa metrik penting yang perlu diperhatikan:

  • Performance: results, reach, frequency, dan impressions.
  • Engagement: page likes, page engagement, dan post engagement.
  • Videos: video views, average percentage of video viewed.
  • Website: website action (all), checkouts, payments details, purchases, dan add to cart
  • Apps: app installs, app engagement, credit spends, mobile app actions, dan cost per app engagement.
  • Events: event responses dan cost per event response
  • Clicks: clicks, unique clicks, ctr (click-through rate), click (all), dan cpc (cost per click)
  • Settings: start date, end date, ad set name, ad id, delivery, bid, dan objective.

Dengan data metrik yang ada, kita akan optimize untuk menentukan keberkesanan iklan dan apa yang perlu diperbaiki, apa yang perlu diubah dan iklan mana yang perlu di tutup atau iklan mana yang perlu di scale dan banyak lagi. (klik sini untuk belajar cara optimize iklan dengan betul)

Dah faham cara nak buat Fb Ads? Ada soalan? Cuba komen di bawah.

Shopping Cart
Scroll to Top